Saturday, October 24, 2009

Awas dari mensia-siakan masa

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr)
Mensia-siakan masa merupakan satu perkara yang sangat merugikan kita. Banyak masa yang hilang dari manusia dengan sia-sia. Sedangkan kita menyedari bahawa saban hari masa semakin meninggalkan kita. Kita sedar, tetapi tidak mengambil iktibar, lalu menjerumuskan kita kearah satu fenomena - semakin hari semakin jauh dari mengingati Allah s.w.t.

Dewasa ini, gejala mensia-siakan masa dilihat semakin membarah dalam kehidupan muslim. Dimana sahaja kita lihat gejala ni semakin berleluasa. Semakin ramai anak muda mencari hiburan lebih dari mengingati tuhan. Menyebabkan hiburan menjadi darah daging yang mengalir di segenap urat nadi. Umat Islam sudah lupa atau buat-buat lupa dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi dek kerana asyik dengan mensia-siakan masa, lalu umat Islam hilang produktiviti serta kualiti untuk manfaat umat sejagat.

Lalai

Menurut Dr, Yusuf Qardhawi, gejala mensia-siakan masa ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah sifat lalai. Kelalaian ini merupakan satu wabak yang meresapi dan meracuni buah fikiran dan jiwa raga manusia. hinggakan apa yang berlaku di waktu siang dan malam sudah tidak menjadi perhatian.

Allah memberi amaran keras kepada mereka yang lalai dan leka. Malahan Allah meletakkan golongan ini adalah lebih sesat dari binatang.

Firman Allah s.w.t :
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al - A'raf : 179)
Dalam ayat yang lain, Allah juga mengingatkan rasulNya supaya tidak lalai.
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. (Al- A'araf : 205)
Allah juga menyatakan bahawa orang-orang yang lalai ini adalah orang-orang yang termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. Sepertimana dalam firmannya,
Wahai orang-orang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi (AlMunafiquun : 63)
Sesungguhnya jika dilihat kepada fenomena dan tragedi yang berlaku baru-baru ini, seperti gempa bumi, banjir besar serta taufan yang melanda adalah merupakan bala' yang menimpa kita umat Islam 'amnya. Inilah teguran dari Allah atas kelalaian kita.

Gejala Bertangguh

Antara faktor lain yang menjurus kearah tabiat mensia-siakan masa ialah tangguh menangguh. Sering kali kita mendengar perkataan " nanti dulu" yang meniti di bibir manusia.

Dr Yusuf Qardhawi berpesan,
"Sebenarnya pada tiap-tiap hari hendaklah kamu membuat pengisian dengan ilmu pengetahuan yang berguna dan amal soleh. Jangan kamu berlenggah dan leka hingga sampai keesokan harinya. Hari yang berlalu pergi tidak mungkin kembali! Bekerjalah hari ini untuk esok. Jika peluang ini kamu tidak rebut maka nescaya kamu akan menyesal!"
Imam Al-Hassan Al-Basri juga berpesan :
"Awas dari tempoh menempoh! Hari esok belum tentu! Jika esok harimu, jadilah seperti hari ini. Jika esok bukan harimu, usah menyesdal kerana kecuaian di hari ini"
Oleh itu, hendaklah kita menginsafi bahawa setiap hari dan setiap waktu ada pekerjaan dan tugas-tugasnya. Tidak terdapat satu pun waktu yang kosong dari tugas.

Khalifah Umar Abdul Aziz pada satu ketika kelihatan terlalu letih kerana byaka tugas, lalu seseorang menasihatinya :
"Wahai Khalifah, tangguhkanlah pekerjaan ini ke hari esok"
Umar menjawab,
" Tidak, Kerja ini hanya meletihkan aku dalam satu hari, bagaimana pula jika kerja-kerja ini terkumpul dalam dua hari?"
Demikianlah kita melihat betapa sangat pekanya tokoh-tokoh Islam ini terhadap aspek menjaga masa. Seharusnya kita sesama muslim, berpesan-pesan kepada sesama kita tentang kepentingan menjaga masa ini.

Amalkan budaya "menjaga tepi kain orang" dalam usaha menegur dan mengingatkan saudara-saudara kita yang lalai.

Pesan Nabi s.a.w,
"Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan orang-orang muslimin, maka dia bukan dari kalangan aku"
Kita berdoa, semoga semua umat Islam perihatin dalam menjaga masa, kerana sesungguhnya, musuh-mush Islam ini sangat menjaga masa dalam merencana dan merancang pelbagai strategi untuk melemah dan menghancurkan Islam. Semoga dengan terjaganya masa, umat Islam mampu menjadi muslim yang berdaya saing dan menjulang kembali Islam di atas landasannya yang sebenar.


Syakur Ibrahim

Baca Lagi...

Monday, October 19, 2009

Kenapa Yahudi Inginkan Baitulmaqdis




Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.

Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.

Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)

Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.

Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.

Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)

Protocol No. 22: The Power of Gold

In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.

Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.

Protocol No. 24: King of the Jews

The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.

Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.


sumber : Ibnu Yaacob


Baca Lagi...

Saturday, September 26, 2009

Gambar - gambar sekitar Eidul Fitri 1430H








Baca Lagi...

Perutusan Eidul Fitri 1430H Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Baca Lagi...

Tuesday, September 22, 2009

Perutusan Hari Raya Eidul Fitri YB Dato' Seri Ir. Hj Nizar

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah SAW.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya aidil fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah SWT mewajibkan kita bersiyam(puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll) . Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulanya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabbdian sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.

Terdahulu dari bulan Ramadzan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Mohammad SAW. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, pelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri. Segala amalan ramadzan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus! Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya! Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.


Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah: 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam. Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.


Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.


Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.
Bertemu di Bagan Pinang!

Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah hil hamd.

Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin.
(Menteri Besar Pekatan Rakyat Perak,
Ahli Parlimen Bukit Gantang,
ADUN Pasir Panjang)

Baca Lagi...

Sunday, September 6, 2009

Badar Al-Kubro : Inspirasi Perjuangan


Tahun kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraisy yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam. Hal ini kerana sudah menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang melintas kawasan berdekatan Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah.

Satu ketika dulu, sewaktu golongan Muhajirin berhijrah ke Madinah, harta benda yang ditinggalkan oleh mereka dirampas oleh kaum Quraisy. Bukan harta sahaja yang dirampas, bahkan gangguan yang maha hebat baik melalui fizikal dan mental dikenakan keatas orang-orang Islam yang tidak dapat berhijrah ke Madinah.

Dalam perjalanan melalui Badar, Abu Sufyan diberitakan tentang kemaraan orang-orang Islam. Lalu Abu Sufyan mengirimkan seorang utusan untuk meminta bantuan ketenteraan dari pihak Quraisy. Akhirnya, Abu Jahal menyahut seruan itu dengan memipin seribu tentera lengkap bersenjata yang sedia untuk menghancurkan tentera Islam. Bagi Kaum Quraisy, kehilangan harta tidak mengapa, tetapi kehilangan maruah merupakan sesuatu yang mengaibkan memandangkan mereka adalah merupakan suku kaum mulia di Mekah.

Dalam cubaan sekatan yang dilakukan oleh kaum Muslimin, kafilah perniagaan Abu Sufyan berjaya meloloskan diri dari kepungan. Abu Sufyan mengirimkan wakil meminta tentera pimpinan Abu Jahal berundur, namun Abu Jahal tetap meneruskan rancang untuk bertempur dengan kaum Muslimin.

Di pihak Muslimin, pada asalnya, rancangan untuk menyekat kafilah perniagaan dari Mekah bertukar kepada rancangan menghadapi peperangan. Dengan kelengkapan senjata yang ala kadar berbanding gerombolan tentera Quraisy yang lengkap bersenjata, ditambah dengan jumlah yang sedikit, sama sekali tidak menggugat semangat kaum Muslimin bertempur. Kerana keyakinan dan keimanan yang dimiliki menjadi sandaran dan pendorong mereka untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang balasannya adalah syurga.

Dalam jumlah yang sedikit, menghadapi tentera kaum yang zalim, semua itu bukanlah alasan untuk tidak berjuang. Rasulullah mengatur strategi perang yang antaranya ialah, mengambil air dari perigi-perigi dan menimbus perigi-perigi itu, kemudiannya mencari perigi yang berdekatan dengan lokasi tentera Quraisy. Rasulullah S.A.W juga telah mengeluarkan arahan kepada tentera Muslim untuk menyerang dengan senjata jarak jauh, dan hanya berhadapan dengan tentera Quraisy dengan senjata tangan apabila mereka mara.

Doa Nabi S.A.W,

“ Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini “

Abu Jahal juga berdoa,

" Ya Allah, engkau hapuskanlah Muhammad ini, pemecahbelah masyarakat, perosak perpaduan dan pemutus hubungan kekeluargaan"

Akhirnya, doa Nabi dimakbulkan Allah,ribuan malaikat turun dari langit ke Badar untuk mengalahkan Quraisy. Sebaliknya doa bersifat nasionalis daripada Abu Jahal ditolak Allah Taala. Menang tentera Islam dalam peperangan Badar Al-Kubro.

Firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Kami memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam) semasa kamu bertemu dengan mereka: Sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula diperlihatkanNya: Sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan." ( Al-Anaaal :44 )

Inilah peperangan yang digelar The Mother of The Battle, kerana dengannya, tamadun Islam di Bumi gersang di tanah Arab tersebar keseluruh alam. Islam semakin bersinar, gemilang dan akhirnya dapat juga kita mengecap nikmat iman ini di bumi Nusantara ini.

Sesungguhnya, pada zaman ini kita sedang berada pada medan Badar Moden. Sungguhpun kita ramai dari segi bilangan, tetapi kita menghadapi kekangan, halangan dan tentangan dari puak-puak zalim yang menolak Islam. Pejuang-pejuang Islam dibunuh, dicederakan dan juga ditahan tanpa bicara. Tidak kurang juga difitnah dan dimalukan dengan pelbagai tohmahan dan pelakuan buruk melalui pelbagai jentera.

Oleh itu,sebagai pejuang Islam, disamping menyambut Nuzul Quran, pada tarikh yang sama- 17 Ramadhan - Badar Al-Kubro juga perlu terpahat dalam memori kita. Hayatilah semangat Badar Al-Kubro ini supaya tersemat dalam jiwa kukuh selamanya. Disamping itu, suburkanlah peristiwa Badar Al-Kubro ini kepada generasi-generasi muda. Kita tiupkan kisah agung ini menjadi pembakar semangat. Kita wariskan dalam diri, menjadi satu inspirasi dan juga motivasi untuk memperjuangkan agama Allah hatta ditekan musuh dari segenap sisi.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. " (At- Taubah : 38)

Wallahuaqlam.

Syakur Ibrahim

Baca Lagi...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008