Gong Badak: Tarikan Graviti Punca Runtuh!
GONG BADAK; Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh berpunca daripada Tarikan Graviti, demikian menurut laporan hasil siasatan Suruhanjaya diRaja Keruntuhan Bumbung Stadium Sultan Mizan yang dikeluarkan pagi ini.
Perdana Menteri menyambut baik laporan siasatan tersebut sambil melahirkan rasa terkilan dengan tuduhan melampau pakatan pembangkang yang cuba mencari populariti di sebalik kejadian malang itu.
“Saya berharap tiada lagi perbuatan menuding jari terhadap mana-mana badan kerajaan kerana sudah terbukti yang bersalah adalah tarikan graviti. Saya sudah mengarahkan semua agensi yang terbabit agar memantau daya graviti demi kesejahteraan dan keamanan negara.”
Sementara itu rakyat malaysia turut menyambut baik hasil siasatan Suruhanjaya diRaja itu. Bekas pemandu teksi, Ahmad Borhan Endut berkata, “Sudah lama saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan daya tarikan graviti di negara ini.”
“Baru minggu lepas teksi milik saya yang ditinggalkan di tepi jalan musnah apabila bergerak dengan sendirinya lalu terjatuh ke dalam gaung”, keluhnya dengan nada kecewa.
Beliau menggesa kerajaan agar terus menyiasat kejadian ini ke akar umbi memandangkan graviti mungkin telah dipengaruhi hasutan pembangkang mengakibatkan kesusahan kepada rakyat jelata.
Peniaga runcit, Kasman Jantan pula berkata, “Telur yang jatuh dan pecah itu pun salah kerajaan juga kah?” dengan penuh sinis.
“Kita sebagai rakyat jelata sepatutnya bersyukur dengan keamanan yang dikecapi negara. Hargailah kesenangan yang kita miliki ini. Jika negara huru-hara, nak beli telur pun susah”, tambahnya lagi.

7 comments:
oi lawak gila....
berapa ek graviti kat area tu..kalau kat stadium darulaman lebey kurang 10m/s2..kat sana berapa??30?? ka 300juta gravitinya...wallawee..
**aku menerima seadanya hasil 'bijak' siasatan berkenaan..syukur xdak yg 'jalan'
binggung tul...
mentang-mentang la skg nie,
keadaan bumi x stabil,
depa ambil kesempatan plak...
org x ngaji ja leh pcaya ckp depa...
bodoh nk mampus...
sapa2 yg ada diploma n keatas tu
n percaya ngan alasan nie,
sila ambil blik spm ek...
statement tu merupakan statement paling lawak tahun 2009..hehehe
selame ni xde pun cakap pasal graviti..aku duk gong badak 3 thn..xde pun..airport elok je..hahaha
Saya sangat-sangat bersetuju tu.
Kalau bukan sebab tarikan graviti, tidak mungkin ini semua akan berlaku walaupun sekiranya kontraktor menggunakan bahan keluli berkualiti rendah sekalipun.
hehehe~
akhirnya terserlah 'kecerdikan' mereka...
jangan timbang berat di kawasan tersebut.. takut overweight..
woooiii..mu kabo ke borhan endut tu.."padang muke mu!!" hahaha..pastu kabo ke kasman jantan..telo dalam sluo mu dop jatuh2 plok???hahaha..agok2 ah nk reka cite..damn.gile palle.
Post a Comment